Selasa, 2 November 2010

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Berita Harian Online | Pemandu bas tiada lesen memandu

Berita Harian Online Pemandu bas tiada lesen memandu

Berita Harian Online | Tujuh disemadi satu liang lahad

Berita Harian Online Tujuh disemadi satu liang lahad

Berita Harian Online | Pemandu bas minta maaf kepada keluarga mangsa

Berita Harian Online Pemandu bas minta maaf kepada keluarga mangsa

Berita Harian Online | JPJ masih kesan pemilik bas terbabit nahas di Genting Sempah

Berita Harian Online JPJ masih kesan pemilik bas terbabit nahas di Genting Sempah

Kase terus desak hapus saman ekor

Kase terus desak hapus saman ekor

Selasa, 28 September 2010

Rabu, 18 Ogos 2010

SENARAI HITAM DITARIK BALIK SEMENTARA TETAPI SAMAN EKOR BELUM TENTU DAPAT DIKAJI SEMULA ATAU DIHAPUS TERUS

Saban hari kita tidak berhenti memperkatakan masaalah Saman Ekor walau Senarai Hitam dek kerana Saman Ekor telah ditarik sementara sehingga 28 Feb 2011. Apakah akan jadi selepas tarikh tersebut? Adakah kerajaan dapat keputusan samaada Saman Ekor diteruskan atau sebaliknya? Saya berpendapat, biarlah keputusan kerajaan lebih adil dan telus dalam mengkaji semula masaalah ini tanpa memikirkan kehendak Rakyat 1 Malaysia yang berlainan fahaman politik. Kehendak rakyat tetap diberi sama rata samaada dari politik yang berbeza. Jangan ada rakyat yang mengatakan kerajaan berat sebelah kerana tanggung jawab kerajaan sekarang wajib tunaikan apa kehendak rakyat. Biar Gagasan 1 Malaysia tidak diterjemahkan sebagai sebaliknya. Saya sebagai penyokong Kerajaan BN, tetap mewakili semua Rakyat 1 Malaysia tak kira apa fahaman politik mereka, sedia memberi pandangan yang terbaik mengenai masaalah tersebut. Pandangan saya, selepas tarikh tersebut, jika kerajaan tidak dapat melaksanakan sistem Saman Ekor dengan lebih adil dan telus, saya pohon hapuskan saja kerana ia tidak lagi menginaya semua rakyat. Jika ingin diteruskan juga, pastikan semua Rakyat 1 Malaysia bersetuju dengan cara yang lebih adil. Selepas ini, jangan ada lagi masaalah tersebut dipertikaikan. Cukuplah dengan Saman Trafik yang sedia ada yang adil dilaksanakan didepan pesalah kerana tiada siapa yang ingin mempertikaian lagi. Semoga kita semua dapat merenung dan fikirkan bersama.

Pemuda PAS lancar kempen bantah saman ekor

Pemuda PAS lancar kempen bantah saman ekor

Kase terus berjuang hingga saman dihapuskan

Kase terus berjuang hingga saman dihapuskan

Rabu, 11 Ogos 2010

SENARAI HITAM SAMAN EKOR TELAH DITARIK BALIK

KERAJAAN TELAH MENARIK BALIK SENARAI HITAM KEATAS NOTIS SAMAN EKOR YANG TERTUNGGAK PADA 11 OGOS 2010 SEHINGGA 28 FEB 2011. INI BERMAKNA, KERAJAAN SUDAH MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT 1 MALAYSIA KEATAS PERKARA YANG TIDAK ADIL DALAM MELAKSANAKAN PERKARA YANG MENIMBULKAN BANYAK PERMASAALAHAN TERHADAP PENGGUNA JALAN RAYA. CUKUPLAH SEKADAR SAMAN TRAFIK YANG DILAKUKAN SERTA MERTA DIHADAPAN PESALAH DARIPADA SAMAN EKOR YANG BANYAK MENGINAYA KEPADA PEMILIK KENDERAAN SAHAJA. JIKA KERAJAAN BOLEH MENGKAJI SEMULA PERLAKSANAAN SAMAN EKOR SECARA ADIL DAN TELUS, RAKYAT TIDAK AKAN MEMPUNYAI MASAALAH SEPERTI YANG BERLAKU. LAKUKANLAH SECARA ADIL SEPERTI SAMAN TRAFIK LAIN YANG DILAKUKAN DENGAN BUKTI NYATA. SAYA CADANGKAN SUPAYA PDRM/JPJ BOLEH AMBIL GAMBAR KENDERAAN DAN PEMANDU SERENTAK SEMASA KESALAHAN DILAKUKAN. NOTIS SAMAN EKOR MESTI DIKIRIMKAN KEPADA PESALAH DENGAN BUKTI GAMBAR KENDERAAN DAN PEMANDU TERLIBAT. JIKA INI BOLEH DILAKUKAN, TIADA MASAALAH BAGI PENERIMA UNTUK MEMBAYAR SAMAN. LAKUKAN SEPERTI SAMAN TRAFIK LAIN, BOLEH MEMBELA DIRI DI MAHKAMAH DAN JIKA ADA KEDEGILAN BAGI PESALAH YANG INGKAR UNTUK MEMBAYARNYA MENGIKUT TEMPOH YANG DITETAPKAN, BARULAH SENARAI HITAM DIBUAT. SAYA HARAP DALAM MASA PENARIKAN INI, KERAJAAN PERLU FIKIRKAN DAN MENGKAJI SEMULA MENGIKUT PANDANGAN RAKYAT. JIKA SUDAH SETUJU, SAMAADA TERUSKAN ATAU BATALKAN, ADALAH BERGANTUNG KEPADA SUARA RAMAI RAKYAT 1 MALAYSIA. KITA JANGAN PANJANGKAN LAGI ISU SAMAN EKOR KERANA BANYAK PERKARA LAIN PERLU DILAKSANAKAN. CUKUPLAH SAMAN TRAFIK YANG SEDIA ADA UNTUK MENGUBAH SIKAP PEMANDU DI JALAN RAYA. PEMANDU BOLEH BERUBAH JIKA PENGUAT KUASAAN DAPAT DILAKUKAN SECARA ADIL DAN TELUS. TERIMA KASIH KEPADA MENTERI PENGANGKUTAN KERANA TERLALU PERIHATIN TERHADAP RAKYAT 1 MALAYSIA TAMBAHAN KETIKA RAKYAT YANG BERBILANG BANGSA INGIN MENYAMBUT HARI RAYA, DEPAVALI, TAHUN BARU CINA DAN PERAYAAN LAIN. PERJUANGAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN LAIN SUDAH BERAKHIR MENGENAI ISU INI. SEMOGA IANYA DAPAT DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN LAIN SEJAJAR DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. KITA BOLEH RENUNG DAN FIKIRKAN BERSAMA.

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Kerajaan tarik balik senarai hitam saman ekor

Kerajaan tarik balik senarai hitam saman ekor

Ahad, 8 Ogos 2010

PELBAGAI REAKSI MENGENAI KAJIAN SEMULA SAMAN EKOR

SETELAH BERHARI-HARI KITA MENDENGAR CERITA MENGENAI KAJIAN SEMULA SAMAN EKOR, RAKYAT 1 MALAYSIA MENGHARAPKAN MENTERI YANG BERTANGGUNG JAWAB, AGENSI KERAJAAN DAN NGO TERLIBAT, AGAR DAPAT MEMBERI SATU KEPUTUSAN YANG LEBIH ADIL DAN TELUS. JIKA KERAJAAN DAPAT MEMBUKTIKAN KESALAHAN SEBENAR MEREKA YANG DIBERI NOTIS SAMAN EKOR, RAKYAT TIDAK AKAN MERASAKAN IANYA SATU PENGINAYAAN MALAH PESALAH AKAN MERASAKAN SATU KESEDARAN DARI APA YANG MERAKA LAKUKAN. JIKA TIADA KEADILAN, SUDAH PASTI RAKYAT AKAN MERASA BAHAWA IANYA SATU PENGINAYAAN TERHADAP MEREKA YANG TERLIBAT. APA YANG PENTING, JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KERAJAAN PEMERINTAH SEKARANG. BIAR KITA BERCAKAP DALAM MASAALAH INI TANPA MEMIKIRKAN FAHAMAN POLITIK BERBEZA. DALAM PERMASAALAHAN INI, POLITIK MANAPUN PERLU KEADILAN. JIKA KITA MENDENGAR HARGA BARANGAN DINAIKKAN SEDIKIT ATAS ALASAN MENGURANGKAN SUBSIDI YANG DIBERIKAN, NAMUN RAKYAT 1 MALAYSIA TIDAK RASA DIBEBANI KERANA BARANGAN TERSEBUT MEMANG MENJADI KEPERLUAN KITA SEHARIAN TETAPI JIKA KITA WAJIB BAYAR SAMAN YANG BUKAN KESALAHAN MEREKA, KITA RASA SATU PENGINAYAAN YANG TIADA DIBERI SEBARANG PEMBELAAN LANGSUNG. SEPATUTNYA, BIAR MAHKAMAH MENENTUKAN SEORANG ITU BERSALAH ATAU TIDAK KERANA SAMAN EKOR BANYAK MENIMBULKAN PELBAGAI MASAALAH. UNTUK SEMENTARA WAKTU, HARAPAN SEMUA RAKYAT 1 MALAYSIA AGAR KERAJAAN DAPAT MENARIK BALIK SENARAI HITAM YANG DISEBABKAN SAMAN EKOR. BIAR SATU KAJIAN TELITI, ADIL DAN TELUS DAPAT DIBUAT, BARULAH PERLAKSANAANNYA DILAKUKAN. RAKYAT SENTIASA MENUNGGU KEPUTUSAN ADIL DARI KERAJAAN. RENUNG DAN FIKIRKAN BERSAMA.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Rabu, 4 Ogos 2010

Mansuh Segera Saman Ekor, Tidak Tepati Keadilan -Pemuda UMNO

Mansuh Segera Saman Ekor, Tidak Tepati Keadilan -Pemuda UMNO

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN YANG PERIHATIN TERHADAP RAKYAT 1 MALAYSIA

SECARA PERIBADINYA, SETELAH SAYA MEMPERJUANGKAN BUAT SEMUA RAKYAT 1 MALAYSIA YANG TERLIBAT DENGAN MASAALAH SAMAN EKOR YANG MENJADI PENYEBAB SENARAI HITAM KEPADA PEMILIK KENDERAAN TERBABIT, AKHIRNYA SUARA SAYA WALAU TIDAK DILUAHKAN SECARA TERBUKA, NAMUN SEKURANG-KURANGNYA DAPAT MENARIK NAFAS LEGA KEPADA SEMUA RAKYAT YANG TERLIBAT APABILA KERAJAAN DAPAT MENERIMA PERMASAALAHAN INI. SAYA HARAP KERAJAAN DAPAT MENGKAJI SEMUALA SECARA SEGERA AGAR NASIB RAKYAT YANG TERINAYA DAPAT PEMBELAAN. WALAU SAYA TIDAK TERLIBAT SETAKAT INI DENGAN MASAALAH SAMAN EKOR TETAPI SAYA AMAT PERIHATIN DENGAN MEREKA YANG TERLIBAT. HARAPAN SAYA AGAR KERAJAAN JANGAN PANDAI BERJANJI TETAPI PALSU SEHINGGA RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KERAJAAN BN. KITA JANGAN PANDANG PERBEZAAN POLITIK DALAM MENANGANI PERMASAALAHAN RAKYAT. SEMOGA PEMIMPIN YANG TERLIBAT DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB UNTUK SEMUA RAKYAT 1 MALAYSIA. TERIMA KASIH JIKA DAPAT PENYELESAIAN DARI KERAJAAN. SAMA KITA RENUNG DAN FIKIRKAN.

Kerajaan Kaji Kaedah Saman Ekor, Kurangkan Beban Rakyat -Hisham

Kerajaan Kaji Kaedah Saman Ekor, Kurangkan Beban Rakyat -Hisham

Saman Ekor: Rintihan Rakyat Perlu Diteliti Positif, Tidak Membebankan

Saman Ekor: Rintihan Rakyat Perlu Diteliti Positif, Tidak Membebankan

Selasa, 20 Julai 2010

ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT

Sejak kita mempunyai PM Baru iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Terciptalah Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Satu perubahan baru dalam Kepimpinan Kerajaan BN. Perlu diingat, Pemimpin perlu sedar apakah konsep sebenar Gagasan 1 Malaysia? Pemimpin harus memahaminya bahawa jika dulu kuasa yang ada pada pemimpin boleh rasa megah tetapi sekarang kemegahan yang ada adalah dari kebijaksanaan Pemimpin menyelami hati Rakyat 1 Malaysia. Janganlah sekarang rasa megah bila sudah ada kuasa sebagai pemimpin tetapi kesengsaraan Rakyat 1 Malaysia, pemimpin sendiri tidak tahu. Apakah ini boleh mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia? Jawapanya ada pada semua pemimpin yang diberi tanggung jawab untuk menerajui negara ini. Renung dan fikirkan bersama wahai pemimpin yang ada.

Sejak kebelakangan ini, banyak rungutan dari sebahagian Rakyat 1 Malaysia mengenai pelbagai masaalah timbul yang tidak disedari oleh pemimpin atau sengaja buat tak tahu. Kerajaan telah menaikan harga bahanapi petrol dan gas LPG serta gula baru-baru ini. Rakyat boleh terima kerana dirasakan tidak terlalu membebankan Rakyat 1 Malaysia, tetapi apa yang mengecewakan adalah mengenai Agensi Kerajaan yang masih mahukan Rakyat 1 Malaysia menderita dek Senarai Hitam akibat Saman Ekor tertunggak yang belum bayar. Mereka yang terlibat merasakan amat kesal dengan sikap PDRM yang menyenarai hitam kenderaan mereka hingga menyekat untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu kepada pemilik kenderaan yang terlibat. Mereka yang terlibat sebenarnya bukan tak mahu bayar saman ekor tetapi tiada sebarang notis diberikan dan jika adapun sudah lama kejadian berlaku baru pemilik kenderaan mendapat notis tersebut. Jika mereka fikirkan, kes sudah berbulan-bulan malah bertahun-tahun mana mereka ingat dan ada yang bukan pemilik sendiri melakukan kesalahan tersebut. Akhirnya mereka mengabaikan untuk membayarnya.

Sekarang apa sudah jadi? Satu Kenyataan dari Ketua Polis Trafik Bukit Aman baru-baru ini menyatakan, Saman Ekor tetap diteruskan. Pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman ekor selepas tiga bulan notis saman diserahkan akan disenarai hitamkan. Tindakan tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggung jawab. Apakah ini cara mendidik pemandu agar lebih bertanggung jawab? Sebenarnya, sikap Pegawai dan anggota PDRM perlu diubah dulu barulah dapat dicontohi oleh Rakyat 1 Malaysia. Jika kenyataan ini berani dikeluarkan oleh seorang Penjawat Awam tanpa kenyataan dari Menteri terlibat, apakah Kuasa Kerajaan terhadap semua? Sepatutnya Menteri bertanggung jawab meminta pandangan semua pihak terutama dari Rakyat 1 Malaysia dan diwakili oleh PDRM, JPJ, Agensi Kerajaan lain yang terlibat sama, bila satu keputusan yang adil dan telus diperolehi, barulah boleh disebarkan kenyataan seperti ini. Jika Ketua Polis Trafik Bukit Aman berani menyatakan tanpa pandangan semua, sudah tentu beliau sudah melanggar kuasa yang ada dan sudah tentu Kes Salah Laku atau Salah Guna Kuasa berlaku. Jika ini tidak dibendung, saya kira Rakyat 1 Malaysia tidak akan rasa hormat dengan perkhidmatan kerajaan sekarang. Kesanya, Kerajaan BN sekarang akan dipersalahkan. Kerajaan Pembangkang akan terus menghasut mereka walau dari penyokong Karajaan BN. Apa akan jadi selepas itu? Rakyat 1 Malaysia akan menyatakan, tunggu PRU ke 13 nanti, mereka bukan suka Pakatan Rakyat tetapi mereka benci Kerajaan BN yang tidak mahu menjaga hati Rakyat 1 Malaysia. Relakah Pemimpin Kerajaan BN mendengarnya?

Kesimpulanya, saya sebagai wakil dari Rakyat 1 Malaysia yang menjadi ahli UMNO sejak dulu lagi yang setia menyokong Kerajaan BN, ingin mengingatkan kepada Pemimpin Kerajaan BN, Tolonglah Kaji Semula Saman Ekor yang tidak adil. Biarlah PDRM menumpukan kepada Saman Trafik yang bertanda tangan sebagai bukti kesalahan sipemandu tetapi bukan seperti Saman Ekor yang senyap-senyap datang menghantui pemilik kenderaan yang terlibat. Jika hanya membuktikan no pendaftaran kenderaan tanpa siapa pemandu terlibat, adalah tidak adil perlaksanaan undang-undang seperti ini. Jika Saman Ekor boleh membuktikan gambar kenderaan dan pemandu terlibat, mungkin pertimbangan dari mereka yang terlibat boleh dibuat. PDRM perlu hantar gambar kenderaan dan pemandu terlibat semasa kesalahan berlaku. Jika benar berlaku, mereka yang terlibat harus membuat pengakuan bersumpah samaada benar atau tidak ianya dilakukan. Jika benar bersalah, barulah diberi notis tempoh untuk bayar, jika gagal barulah disenarai hitamkan, manakala yang tak bersalah, bebaskan tanpa sebarang notis. Jika Kerajaan BN dan PDRM/JPJ boleh melaksanakan sedemikian, barulah nampak kerajaan lebih adil dan telus. Jika tidak boleh laksanakan seperti cadangan saya ini, jangan ada lagi Saman Ekor di bumi Malaysia. Fikir dan renungkanlah wahai Pemimpin dan Agensi Kerajaan yang terlibat. Rakyat 1 Malaysia akan lebih berbangga jika Gagasan 1 Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih adil dan telus.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,
Wak KHAN

Rabu, 14 Julai 2010

KISAH DULU & SEKARANG KEHIDUPANKU........

Assallamuallaikum,
Buat semua pembaca yang sudi kongsi sama kehidupan masing-masing.

Aku dilahirkan dalam situasi keluarga yang sederhana susah lebih kurang 47 tahun lalu. Keluargaku seorang petani sebagai mata pencarian hidup sekeluarga di Sungai Lampam Sungai Manik Daerah Hilir Perak. Bapaku petani cara lama tanpa menggunakan mesin seperti sekarang manakala ibuku suri rumah sambil membantu bapaku. Apabila aku sampai zaman persekolahan di awal tahun 1970, aku seorang penakut sehingga 1 bulan aku terpaksa ditemani bapa dan datukku di sekolah sehingga aku berani menyesuaikan diriku. Setiap hari aku dihantar oleh bapa dan datukku dengan menaiki basikal. Akhirnya aku sudah mula berani dan menghabiskan persekolahan rendah di SK Sungai Lampam sehingga Tahun Enam. Kerana waktu itu tiada Tadika / Pra Sekolah seperti sekarang, aku tidak pernah tahu alam persekolahan dan menjadi satu penyebab sebagai seorang yang penakut. Zaman itu juga aku memulakan belajar menulis dengan menggunakan papan batu. Tidak seperti sekarang yang semua serba serbi canggih dengan peralatan terkini.

Pada tahun 1976, aku bertukar sekolah menengah di SM Sultan Abdullah Chenderung Balai. Setiap hari ke sekolah, aku menaiki basikal sehingga tahun 1979. Akhirnya pada awal tahun 1980, aku mendapat tawaran sambung belajar di SPPAT / AFATS di Port Dickson Negeri Sembilan. Disinilah aku belajar cara mendisiplinkan diri cara tentera selama dua tahun sehingga lulus SPM. Aku dapat mengubah diriku dari seorang penakut kepada lebih berani. Banyak perkara yang dapat mengubah diriku disitu.

Pada tahun 1983, aku dihantar untuk menjalani Kursus dan Latihan Asas Kejuruteraan Kapalterbang di Institut Teknologi Udara Kinrara KL. Setelah selesai, aku diterima untuk menjalanai Kursus Asas Pem Tadbir di situ juga. Akhirnya aku mula bekerja dalam Cwg Pentadbiran di Institut tersebut sehinggalah kumpulan kami dapat mewujudkan Sek Pegawai Kedet Udara disitu. Tahun 1986, aku ditukarkan ke Kementerian Pertahanan KL di Cwg Pentadbiran. Disini aku banyak menimba ilmu apa saja dalam Perkhidmatan Pentadbiran disamping dapat mengikuti Kursus di INTAN, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain Jabatan Kerajaan serta kursus-kursus peningkatan dalam pentadbiran di TUDM. Diriku juga pernah bertugas di Sabah dan Sarawak juga pernah berkhidmat di Medan Indonesia. Semuanya sebagai pengalaman kerja semasa kita dalam Kerajaan.

Pada tahun 1990, aku ditukarkan ke Institut Latihan TUDM di Ipoh. Aku ditempatkan di Cwg Tabdir dan Latihan. Aku juga sempat menjadi Jurulatih untuk mendidik jenarasi TUDM menjalani latihan asas disitu. Akhirnya pada Ogos 1997, aku mengundurkan diri untuk tempoh 17 tahun berkhidmat dalam TUDM dan terus menumpukan tugas sebagai Jurulatih Memandu Berkelayakan (QTI) di Institut Memandu LSA Sdn Bhd Ipoh sehingga sekarang. Pengalaman selama 13 tahun sekarang ini yang telah melahirkan ribuan pemandu diseluruh Ipoh Perak, satu kebanggaan pada diriku walau ianya dapat dilakukan secara persendirian. Matlamat diriku adalah untuk melahirkan seberapa ramai Pemandu Berhemah di Malaysia bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya. Ini juga satu sumbanganku kepada Kerajaan walau tiada lagi dalam Kerajaan.

Untuk yang terkini, diriku banyak melakukan kerja sambilan dalam politik dan persatuan. Kini sebagai Tim Ketua UMNO Cwg Taman Bersatu Bhg Gopeng Perak, AJK Persatuan Kebajikan Pengajar Memandu Ipoh Perak, AJK Rakan Pengguna Daerah Kinta dan Rakan JKJR Daerah Kinta. Dalam tugasan tersebut, sedikit sebanyak belajar menyelami perasaan dan kehendak Rakyat 1 Malaysia sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia. Jika dulu kita pernah rasa susah, mengapa sekarang sudah hampir senang, kita tidak boleh membantu mereka yang memerlukan. Pengalaman susah dulu dapat mengajar diriku untuk lebih memahami mereka yang susah sekarang. Perasaan bangga diri, sombong dan dengki tidak lagi berada dihatiku. Biar kesusahan dan kesenangan dapat dirasai bersama sekarang tanpa sebarang perbezaan fahaman politik dan sebagainya. Jika kita akan jadi pemimpin nanti, kalau merenung bintang dilangit, jangan lupa rumput dibumi.
InsyaAllah, segala cita-cita akan tercapai.

Terima kasih kerana sudi berkongsi sama pengalamanku ini.
Ikhlas dariku......Wak KHAN

Isnin, 12 Julai 2010

UMNO PEJUANG BANGSA MELAYU BN PEJUANG RAKYAT 1 MALAYSIA

LAMBANG INI TERBIT HASIL KEPIMPINAN PERDANA MENTERI SEKARANG YANG TERCIPTANYA GAGASAN 1 MALAYSIA DIMANA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. SEBAGAI RAKYAT 1 MALAYSIA PASTI GEMBIRA BILA PEMIMPIN SUDAH MAHU MENDEKATI HATI DAN MENYELAMI PERASAAN SERTA KEHENDAK RAKYAT 1 MALAYSIA TANPA MEMILIH FAHAMAN POLITIK, BANGSA DAN AGAMA.

LAMBANG INI TELAH LAMA TERBIT SEJAK KITA MERDEKA DAN SEMASA BELUM WUJUD PAKATAN RAKYAT, KERAJAAN BN LEBIH AMAN DARI PR TANPA SEBARANG FITNAH TERLAMPAU SEPERTI HARI INI. KITA SEBAGAI RAKYAT 1 MALAYSIA HARUS MEMIKIRKAN KERAJAAN AMAN SEPERTI INI UNTUK SEMUA BUKAN INDIVIDU.




LAMBANG INI TELAH LAMA TERBIT UNTUK PERJUANGAN BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM BUKAN BERTUJUAN MEMECAH BELAHKAN BANGSA DAN AGAMA SEPERTI FITNAH PEMBANGKANG. UMNO ADALAH PERJUANGAN TERBAIK.
Salam Ikhlas dari.....
Wak Khan