Selasa, 20 Julai 2010

ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT

Sejak kita mempunyai PM Baru iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Terciptalah Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Satu perubahan baru dalam Kepimpinan Kerajaan BN. Perlu diingat, Pemimpin perlu sedar apakah konsep sebenar Gagasan 1 Malaysia? Pemimpin harus memahaminya bahawa jika dulu kuasa yang ada pada pemimpin boleh rasa megah tetapi sekarang kemegahan yang ada adalah dari kebijaksanaan Pemimpin menyelami hati Rakyat 1 Malaysia. Janganlah sekarang rasa megah bila sudah ada kuasa sebagai pemimpin tetapi kesengsaraan Rakyat 1 Malaysia, pemimpin sendiri tidak tahu. Apakah ini boleh mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia? Jawapanya ada pada semua pemimpin yang diberi tanggung jawab untuk menerajui negara ini. Renung dan fikirkan bersama wahai pemimpin yang ada.

Sejak kebelakangan ini, banyak rungutan dari sebahagian Rakyat 1 Malaysia mengenai pelbagai masaalah timbul yang tidak disedari oleh pemimpin atau sengaja buat tak tahu. Kerajaan telah menaikan harga bahanapi petrol dan gas LPG serta gula baru-baru ini. Rakyat boleh terima kerana dirasakan tidak terlalu membebankan Rakyat 1 Malaysia, tetapi apa yang mengecewakan adalah mengenai Agensi Kerajaan yang masih mahukan Rakyat 1 Malaysia menderita dek Senarai Hitam akibat Saman Ekor tertunggak yang belum bayar. Mereka yang terlibat merasakan amat kesal dengan sikap PDRM yang menyenarai hitam kenderaan mereka hingga menyekat untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu kepada pemilik kenderaan yang terlibat. Mereka yang terlibat sebenarnya bukan tak mahu bayar saman ekor tetapi tiada sebarang notis diberikan dan jika adapun sudah lama kejadian berlaku baru pemilik kenderaan mendapat notis tersebut. Jika mereka fikirkan, kes sudah berbulan-bulan malah bertahun-tahun mana mereka ingat dan ada yang bukan pemilik sendiri melakukan kesalahan tersebut. Akhirnya mereka mengabaikan untuk membayarnya.

Sekarang apa sudah jadi? Satu Kenyataan dari Ketua Polis Trafik Bukit Aman baru-baru ini menyatakan, Saman Ekor tetap diteruskan. Pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman ekor selepas tiga bulan notis saman diserahkan akan disenarai hitamkan. Tindakan tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggung jawab. Apakah ini cara mendidik pemandu agar lebih bertanggung jawab? Sebenarnya, sikap Pegawai dan anggota PDRM perlu diubah dulu barulah dapat dicontohi oleh Rakyat 1 Malaysia. Jika kenyataan ini berani dikeluarkan oleh seorang Penjawat Awam tanpa kenyataan dari Menteri terlibat, apakah Kuasa Kerajaan terhadap semua? Sepatutnya Menteri bertanggung jawab meminta pandangan semua pihak terutama dari Rakyat 1 Malaysia dan diwakili oleh PDRM, JPJ, Agensi Kerajaan lain yang terlibat sama, bila satu keputusan yang adil dan telus diperolehi, barulah boleh disebarkan kenyataan seperti ini. Jika Ketua Polis Trafik Bukit Aman berani menyatakan tanpa pandangan semua, sudah tentu beliau sudah melanggar kuasa yang ada dan sudah tentu Kes Salah Laku atau Salah Guna Kuasa berlaku. Jika ini tidak dibendung, saya kira Rakyat 1 Malaysia tidak akan rasa hormat dengan perkhidmatan kerajaan sekarang. Kesanya, Kerajaan BN sekarang akan dipersalahkan. Kerajaan Pembangkang akan terus menghasut mereka walau dari penyokong Karajaan BN. Apa akan jadi selepas itu? Rakyat 1 Malaysia akan menyatakan, tunggu PRU ke 13 nanti, mereka bukan suka Pakatan Rakyat tetapi mereka benci Kerajaan BN yang tidak mahu menjaga hati Rakyat 1 Malaysia. Relakah Pemimpin Kerajaan BN mendengarnya?

Kesimpulanya, saya sebagai wakil dari Rakyat 1 Malaysia yang menjadi ahli UMNO sejak dulu lagi yang setia menyokong Kerajaan BN, ingin mengingatkan kepada Pemimpin Kerajaan BN, Tolonglah Kaji Semula Saman Ekor yang tidak adil. Biarlah PDRM menumpukan kepada Saman Trafik yang bertanda tangan sebagai bukti kesalahan sipemandu tetapi bukan seperti Saman Ekor yang senyap-senyap datang menghantui pemilik kenderaan yang terlibat. Jika hanya membuktikan no pendaftaran kenderaan tanpa siapa pemandu terlibat, adalah tidak adil perlaksanaan undang-undang seperti ini. Jika Saman Ekor boleh membuktikan gambar kenderaan dan pemandu terlibat, mungkin pertimbangan dari mereka yang terlibat boleh dibuat. PDRM perlu hantar gambar kenderaan dan pemandu terlibat semasa kesalahan berlaku. Jika benar berlaku, mereka yang terlibat harus membuat pengakuan bersumpah samaada benar atau tidak ianya dilakukan. Jika benar bersalah, barulah diberi notis tempoh untuk bayar, jika gagal barulah disenarai hitamkan, manakala yang tak bersalah, bebaskan tanpa sebarang notis. Jika Kerajaan BN dan PDRM/JPJ boleh melaksanakan sedemikian, barulah nampak kerajaan lebih adil dan telus. Jika tidak boleh laksanakan seperti cadangan saya ini, jangan ada lagi Saman Ekor di bumi Malaysia. Fikir dan renungkanlah wahai Pemimpin dan Agensi Kerajaan yang terlibat. Rakyat 1 Malaysia akan lebih berbangga jika Gagasan 1 Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih adil dan telus.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,
Wak KHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan