Rabu, 18 Ogos 2010

SENARAI HITAM DITARIK BALIK SEMENTARA TETAPI SAMAN EKOR BELUM TENTU DAPAT DIKAJI SEMULA ATAU DIHAPUS TERUS

Saban hari kita tidak berhenti memperkatakan masaalah Saman Ekor walau Senarai Hitam dek kerana Saman Ekor telah ditarik sementara sehingga 28 Feb 2011. Apakah akan jadi selepas tarikh tersebut? Adakah kerajaan dapat keputusan samaada Saman Ekor diteruskan atau sebaliknya? Saya berpendapat, biarlah keputusan kerajaan lebih adil dan telus dalam mengkaji semula masaalah ini tanpa memikirkan kehendak Rakyat 1 Malaysia yang berlainan fahaman politik. Kehendak rakyat tetap diberi sama rata samaada dari politik yang berbeza. Jangan ada rakyat yang mengatakan kerajaan berat sebelah kerana tanggung jawab kerajaan sekarang wajib tunaikan apa kehendak rakyat. Biar Gagasan 1 Malaysia tidak diterjemahkan sebagai sebaliknya. Saya sebagai penyokong Kerajaan BN, tetap mewakili semua Rakyat 1 Malaysia tak kira apa fahaman politik mereka, sedia memberi pandangan yang terbaik mengenai masaalah tersebut. Pandangan saya, selepas tarikh tersebut, jika kerajaan tidak dapat melaksanakan sistem Saman Ekor dengan lebih adil dan telus, saya pohon hapuskan saja kerana ia tidak lagi menginaya semua rakyat. Jika ingin diteruskan juga, pastikan semua Rakyat 1 Malaysia bersetuju dengan cara yang lebih adil. Selepas ini, jangan ada lagi masaalah tersebut dipertikaikan. Cukuplah dengan Saman Trafik yang sedia ada yang adil dilaksanakan didepan pesalah kerana tiada siapa yang ingin mempertikaian lagi. Semoga kita semua dapat merenung dan fikirkan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan